. Ibu bapa yang ditemui turut menyatakan kesyukuran kepada Allah kerana bantuan seumpama ini dapat meringankan beban mereka. Pertambahan beban kehidupan semakin terasa akibat kenaikan harga barang-barang keperluan. Oleh itu mereka amat berterima kasih kepada Ahli Parlimen Kuantan di atas usaha murninya ini. YB Fuziah juga menyeru agar golongan korporat turut sama membantu mereka yang susah dan miskin. Keperihatinan masyarakat terhadap nasib yang menimpa golongan ini akan dapat membentuk satu budaya tolong menolong dan kasih sayang sesama insan. Beliau juga menyatakan rasa kesal kerana sebagai seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat di dalam pilihanraya yang lalu tidak diberikan sebarang peruntukan oleh kerajaan pusat. Ini berbeza dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang diberi peruntukan sebanyak RM 1 juta setahun untuk parlimen masing-masing.Tindakan kerajaan ini menunjukkan mereka tidak dapat membezakan di antara politik dan pentadbiran sekaligus menandakan mereka masih tidak matang dalam aspek menguruskan negara. Sebagai orang yang dipilih oleh rakyat untuk menjadi wakil mereka, semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri mesti diberi peruntukan tanpa mengira mereka dari parti politik mana sekalipun. Oleh yang demikian langkah kerajaan ini sebenarnya adalah satu penghinaan terhadap rakyat yang telah membuat pilihan mereka sendiri.
Sunday, December 20, 2009
PROGRAM "BACK TO SCHOOL" PARLIMEN KUANTAN

Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment